Wednesday, 22 June 2011
PENGALAMAN UMRAH BERSAMA KELUARGA
Salam semua......dah masuk hari khamis hari ni.....cepat sungguh masa berlalu.....hari ni dah pun masuk 23 hb jun.....tak lama je lagi nak masuk bulan julai........Bila diingatkan semula 2 tahun lepas dalam bulan jun jugalah saya dan keluarga berkesempatan mengerjakan umrah bersama-sama........Sungguh x disangka dapat juga kami sekeluarga pergi mengerjakan umrah bersama-sama , walaupun ketika itu anak saya yang sulung TG ISKANDAR sedang sibuk belajar untuk menduduki peperiksaan UPSR...... pemergian kami ke mekah disertai juga oleh ibu mertuaku dan juga bapa mertuaku.....Dua orang ayah saudara dan mak saudara sebelah suamiku juga ada turut serta dalam perjalanan kami ini..........walaupun pada awalnya agak risau juga dalam hati kerana pertama kali nak menjejakkan kaki ke tanah suci mekah..... Ditambah lagi dengan kesemua anak2ku yang sememangnya cukup terkenal dgn kenakalan dan kelincahan mereka........he...he....alhamdulilah berkat doa dari saudara mara dan rakan2 , segala2nya berjalan dgn baik dan lancar..... Anak2 cukup baik dan mendengar kata sepanjang berada di tanah suci.........Kesemua anak2 lelaki akan mengikut abah dan atuknya pergi sembahyang......Malah selepas 2-3 hari disana , mereka semua dah boleh berulang-alik dari hotel ke masjid dgn sendiri sahaja..........Setiap kali balik dari masjid mesti ada saja mainan yg dibawa balik .... maklumlah sepanjang2 jln keluar dari masjid tu memang banyak aktiviti jualan.....Tu yang tersangkut bershopping budak2 tu.........Bagi saya dan princess pulak akan bersembahyang bersama2 atuk lehanya dibahagian wanita.......Pengalaman yang cukup menarik semasa saya membawa princess adalah , setiap kali nak masuk ke masjid mesti ada saja yang akan mencium princess...Suka benar perempuan2 arab disana tengok budak2 dari asia agaknya.....Dan mereka juga boleh kenal yang kami dari malaysia..........Walaupun cuaca agak panas , tetapi alhamdulilah princess x pulak merengek kepanasan , malah sibuk bermain ditengah2 panas setiap kali selepas waktu2 sembahyang.......alhamdulilah sepanjang berada disana segala2 yang wajib dan sunat kami lakukan dapat kami sekeluarga lakukan bersama dgn baik...........Sememangnya pengalaman mengerjakan umrah bersama ini takkan saya lupakan........Cukup memberikan pengajaran kepada saya akan ertinya kesabaran terutama sekali kerana harus bersabar dgn segala macam kerenah anak2 sepanjang di sana......Mulut mesti sentiasa dijaga jgn cepat mengeluarkan perkataan yang x elok , sentiasa beristifghar dan berselawat...........Suami juga telah membawa saya dan anak2 lelaki mendaki GUA HIRAQ......Pada mulanya macam malas nak mengikut tapi bila tengok yang mendakinya ramai yang dah tua2 , rasa tercabarlah pulak....he...he..... Jadi naiklah kami berempat sampai ke atas......Alhamdulilah dapatlah jugak masuk ke dalam gua yang cukup mahsyur itu...... Walaupun kecil tapi cukup untuk memuatkan kami 4 beranak dalam itu....... Sampailah juga hajat suamiku nak bawa kami ke situ........ Sebenarnya banyak lagi yang nak saya ceritankan tentang kunjungan kami ke mekah ini , tapi xpe kita jumpa dilain masa yer......insyaallah ada kelapangan nanti saya akan ceritakan lagi k...... Salam dari saya ADILLA IDRIS.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment