salam semua....
salam perkenalan dari saya adilla idris....alhamdulilah sekian lama saya menyimpan hasrat utk mempunyai laman blog , akhirnya tercapai jua... thank u to my dear fren cik wan nor ... kalau cik wan x beri tunjuk ajar tak adalah jawabnya blog adilla idris ni... thanks again fren....... bagi rakan2 di luar sana yg masih belum mengenali saya , izinkan saya memperkenalkan diri ini.....saya merupakan seorang rekording artis sekitar awal thn 90an , dan bernaung di bawah label SCS ataupun SUARA CIPTA SEMPURNA pada masa itu.... telah menjadi salah seorang finalis utk juara lagu 1994 dan juga finalis juara lagu 1996... Diawal kemunculan saya bnyk menyanyikan semula lagu2 cover version utk album pertama saya iaitu album MEDLEY POPULAR yg alhamdulilah kebetulan membantu saya memperkenalkan saya di arena seni suara di malaysia....dgn album inilah saya terpilih utk menyanyikan semula lagu rock lagenda BUKAN AKU TAK CINTA ke final juara lagu 1994....walaupun tidak memenangi apa2 hadiah tetapi sekurang2nya membantu memperkenalkan saya dlm bidang seni ini.......berasal dari keluarga seni , arwah abah allahyarham hj abd rahman @ idris b mohamed , ataupun dikenali dgn nama pak deris dikalangan penggemar ghazal khususnya di johor ,bnyk membantu didlm membentuk saya utk menjadi srg penyanyi lagu melayu asli khususnya di johor bharu pada waktu itu....beliau bnyk mengajar dari segi vokal , penghayatan dan bnyk lagi yg saya rasa cukup berguna dan masih saya guna pakai sehingga skrg semasa mengadakan persembahan2 nyanyian....kelurga seni saya ini juga disambung oleh abang sulung saya yg cukup popular dgn gelaran JARI dikalangan org2 musik....baru saja pulang dari berkley melanjutkan pelajaran musik di sana dan skrg berkhidmat dgn YAYASAN WARISAN JOHOR......alhamdulilah walaupun sudah hampir 12 thn saya tidak bergiat aktif dlm bidang seni tetapi saya masih lagi mendapat undangan utk menyanyi dimajlis2 makan malam walaupun tidak mendapat liputan daripada media khususnya.... masih ramai lagi yg mengenali , terima kasih............sekarang ini setelah hampir 15 thn mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 4 org cahayamata , saya masih lagi bergiat dlm aktiviti seni dimana tahun lepas saya telah menerbitkan sendiri album ADILLA ROCK KERONCONG.....walaupun tidak dijual dikedai2 seperti biasa dan hanya blh didapati di laman sosial facebook saya , alhamdulilah sambutannya amat memberangsangkan.....terima kasih kepada yang masih mengenali dan menyokong perjuangan seni saya.........saya juga mempunyai satu lagi kemahiran semenjak bergelar isteri dan ibu..... dorongan yg kuat utk menguruskan badan selepas melahirkan anak mendorong saya untuk menjadi jurulatih kecergasan yang bertauliah.... berbekalkan semangat dan galakan dari suami khususnya , akhirnya sekarang ini saya merupakan salah seorang jurulatih kecergasan untuk kementerian belia dan sukan juga badan2 kerajaan yang lain seperti JKKN dan juga syarikat2 swasta........bnyk yg saya belajar sepanjang bergelar jurulatih kecergasan , bukan saja cara2 untuk menguruskan badan tetapi juga cara2 untuk mendisipinkan diri dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.....sepanjang lebih 8 tahun berkecimpung dalam bidang ini awal tahun 2008 saya telah pun membuka ADILLA FITNESS STUDIO di shah alam , studio senaman khusus untuk wanita........dengan adanya studio ini , saya telah dapat menambahkan lagi kawan2 wanita khususnya yang kebanyakkannya suri2rumahtangga .........ada juga kalangan profesinal yang menyertai seperti peguam , guru , pensyarah dan sebagainya.....banyak aktiviti2 yang kami dapat jalankan bersama2 , dan ini cukup menyeronokkan dan berfaedah kepada kaum2 wanita khususnya.........banyak lagi sebenarnya yg ingin saya kongsi dgn anda semua , tapi kita berhenti disini dulu yer.......mudah2an kalau ada kelapangan nanti kita bertemu lagi ek.......salam perkenalan dari saya .......ADILLA IDRIS......
Salam.. Terbaik kak punya impian... goodluck
ReplyDelete