Tuesday, 28 June 2011
Salam semua....... agak lama x bertemu dilaman blog ini yer....he...he... biasalah sibuk sikit dengan kerja2 rumah dan juga melayan kerenah anak2........nampaknya dua tiga hari lagi sudah akan menghampiri bulan julai.....bulan yang cukup sibuk bagi diriku ini...... kesemua anak2 bujangku akan menyambut hari kelahiran pada bulan julai ini.... Dimulakan dengan Ku fafa pada 4hb julai , kemudian Ku is pada 23hb julai dan Ku nain pada 27hb julai.....Nampaknya sibuk nak buat persiapan hari jadilah maknyer yer....... tinggallah tengku puteri rania sorang2 sebab tarikh lahirnya cukup berbeza dari abang2nya..... Namanya pun puteri jadi speciallah sikitkan.....Princess nama manjanya dirumah dilahirkan pada 2hb feb 2008 jam 8.20 pagi.....wah...semuanya nombor 2828 ek.........sememangnya seorang puteri yang cukup manja dan disayangi oleh semua abang2nya dirumah.....Paling suka menyanyi dan juga menari , sama macam maknyer jugak....Kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi , x gitukan........Sebenarnya selepas melahirkan Ku nain x terfikir pulak nak melahirkan anak lagi....tetapi orang kata dah tuhan tu nak bagi rezekikan , jadi termengandunglah jugak akhirnya......Awal2 mengandung memang x pernah fikir dalam kandungan anak lelaki atau anak perempuan , tapi ramai yg kata , anak saya kali ni adalah anak perempuan..... Dalam hati seronoklah juga tapi pendamkan saja sampailah saya berjumpa dengan doktor saya di SMC iaitu dr siti..... Semasa kandungan saya berusia 6 bln dr siti telah menunjukkan kepada saya jantina anak saya yang ke 4 ini..... Gembira sungguh rasa hati , sebab dalam scan itu menunjukkan jantina perempuan.....yahoooo boleh beli baju pink......he...he..... Itu yang pertama sekali saya fikirkan bila dr mensahihkan jantina anak saya.......Alhamdulilah genap sembilan bulan 1o hari saya mengandungkan princess , pada 2hb feb saya selamat melahirkan princess walaupun pada awalnya saya mengalami tumpah darah........Inilah kali pertama saya mengalami saat kelahiran yang amat mencabar.... Semasa melahirkan abang2nya yang lain agak mudah , berbanding melahirkan princess...... Itulah agaknya kelainan melahirkan anak lelaki dan anak perempuan......Sekarang genap usia princess 3thn 5 bln.......Sudah petah bercakap dan pandai menari.....Setiap hari saya akan membawanya ke studio kerana dia suka melihat saya mengajar aerobik.........Nasib baiklah saya dikurniakan seorang puteri ....Sekurang2nya adalah jugak peneman emaknya bila nak pi shopping nanti.......Oklah semua , sampai disini dulu yer.....mudah2an kalau ada kelapangan nanti saya akan ceritakan tentang aktiviti yang lain pula yer......Salam dari saya ADILLA IDRIS........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment